Total Pageviews

Wednesday, 18 January 2017

TIPS MEMILIH PERFUME / MINYAK WANGI

Image result for perfume



Perkara pertama bagi seorang Muslim adalah untuk memastikan perfume yang ingin dibeli mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM...  Ini kerana Perfume yang tidak mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM mungkin dapat merosakkan amal ibadah harian kita. Sia-sia sahaja kita beribadah siang dan malam tetapi tidak diterima oleh Allah hanya disebabkan perfume yang kita pakai.
Selain memastikan pengiktirafan HALAL dari JAKIM, kita juga hendaklah maklum bahawa setiap perfume mempunyai akronim EDC, EDT, EDP yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botol perfume. 
Pada ruangan kali ini, kami ingin berkongsi maksud akronim-akronim tersebut :

  1. Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen perfume. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.
  2. Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen perfume. Semburannya cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.
  3. Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen perfume. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.

No comments:

Post a Comment