Total Pageviews

Friday, 20 January 2017

FAKTA ANAK KEDUA CHILL LAH !

ssalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim... :)

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai karakter mereka masing-masing. Tetapi tahukah anda anak kedua ini merupakan seorang yang unik dan sukar difahami perangainya. *Lecturer ika pn ade cakap yang anak kedua ni, mesti perangai dia pelik.. hihi.. so, ika pn anak kedua.. dan memang xdapat dinafikan la.. :)

Jom, baca ciri2 anak kedua yang ika dapat dari hasil pencarian di Mr Google..
Image result for fakta anak kedua yang anda mesti tahu

Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian

Then, yang ni yang kedua... Jom baca...

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!! *yang ni pelik sikit.kalau dia lelaki mungkin betul.kalau perempuan.err

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..* jangan pujuk.memang tak jalan

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.. *jangan berharap..sebab takkan dapat

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban *no komen

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi *ada juga part toleransi.bukan takde langsung.tapi tipis la....

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka* perfect!

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) *selalunya buat tak tahu. lebih selesa menunggu mereka yang bukak cerita

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri *perfect!

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah*perfect!

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas. *tak jugak!ahaha

sedikit tambahan. anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban. hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat. mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat utama. ada ruang dihati, yang siapa pun susah untuk fahami... :)

p/s : http://redskyim.blogspot.com/2010/11/anak-kedua-ni-unik-setuju-atau-tidak.html
     : http://missfatihah.blogspot.com/2011/05/sifat-anak-kedua.html

Thursday, 19 January 2017

RESEPI APAM GULA HANGUS

Apam Gula Hangus





Walaupun sampai rumah hari ini hampir pukul 8 malam, saya terus masuk ke 
dapur sebaik solat maghrib dengan tak sempat menyalin baju kerja.
 Semangat tengah berkobar ni untuk memasak apam terutama apam gula 
hangus yang saya jumpa resepinya semasa waktu makan tengahari tadi.
  Seperti biasa, saya jarang sekali keluar lunch.
Apa yang saya nak katakan berkenaan apam ini adalah sedap dan gebu 
sekali.  Sangat sangat gebu, dua tiga ketul masuk mulut pun tak terasa. Hubby 
pun mencukai beberapa biji semasa saya sedang menyediakan teh O. 
 Saya seronok kalau hubby dan anak anak suka makan masakan atau kuih
 yang saya masak.  Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan 
gebunya apam ini.  Ya amfuuun, sedap bangat.  Cuma bentuknya tu jer 
kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila 
mengembang dah terkeluar dari acuan.  Jom, layan resepinya ...


Apam Gula Hangus
sumber: Potret Kasih

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, 
kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat
 dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak 
selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 
15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung 
agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.




KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI

8 KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGAMBIL 

SARAPAN PAGI


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. 
Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia 
yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah 
manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat 
bersarapan pagi antaranya, di bawah saya kongsikan 8 kebaikan dan
 kepentingan mengambil sarapan pagi.











  • Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah.
  •  Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
  • Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang
  •  boleh merangsang fungsi otak, Sarapan pagi tidak diikuti dengan 
  • minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
  • Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak 
  • pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.
  • Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah
  •  dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila
  •  bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat,
  •  cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
  • Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang
  •  pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. 
  • Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan 
  • sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah
  •  sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus 
  • mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang 
  • bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, 
  • bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.



Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, 
mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara
 waktu sarapan dan makan tengah hari.
























Malangnya, ramai yang 
meninggalkan sarapan dengan 
alasan tiada selera makan 
pada waktu pagi atau tidak
 sempat kerana bangun 
lambat. Jika anda tergolong 
dalam kumpulan ini, ada 
baiknya anda terus 
membaca untuk mengetahui 
rahsia di sebalik hidangan
 ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar 
sarapan sebagai makanan 
untuk otak. Kajian menunjukkan 
sarapan ada kaitan rapat
 dengan kecergasan 
mental. Secara ringkasnya, 
sarapan dikatakan memberikan
 kesan positif terhadap aktiviti 
otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk 
melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya
 mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.



Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro
nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan 
dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan
 yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian
 terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan
jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan
 pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas
remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih
 langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka
dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya
 mengamalkan sarapan.

Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)

Kelebihan berzikir

Image result for kelebihan berzikir

Adakah kita berzikir setiap hari,
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melawati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun syurga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir ini, apa lagi menyebutnya. Ketenangan yang tiada abadi bagi orang yang berzikir ini, hanya orang yang selalu mengamalkan tahu, nikmatnya berzikir.
Kelebihan orang yang berzikir :-
  1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.
  2. Zikir menyebabkan Allah redha
  3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
  4. Zikir menggembirakan hati
  5. Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
  6. Zikir memurahkan rezeki
  7. Zikir adalah sinaran hati dan muka
  8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
  9. Zkir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
  10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
  11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
  12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
  13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
  14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Contoh lafaz zikir:-
Subhanallah.
100 kali mendapat 1000 pahala dan diampunkan 1000 dosa.
Subhanallahiwabihamdihi.
100 kali   diampunkan segala dosa walau seperti buih di lautan.
LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LA
SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI
SYA`IN QODIR
100 kali mendapat seribu pahala dan dihapuskan 1000 dosa dan dilindungi daripada gangguan syaitan.
La Haula Wala Quwwata Illa BillahSebanyak mungkin mendapat timbangan mizan yang berat dan lafaz yang paling disukai oleh Allah YangBersifat Ar-Rahman.
Semoga kita terus dapat mengamalkan zikir dengan hati yang ikhlas, semoga Allah mengampunkan dosa kita yang telah kita lakukan setiap hari. Sedangkan nabi adalah maksum dijanjikan syuga, namun tetap berdoa memohon keampunan kepada Allah, sehingga kedua tapak kakinya bengkak.
Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.

Wednesday, 18 January 2017

TIPS MEMILIH PERFUME / MINYAK WANGI

Image result for perfume



Perkara pertama bagi seorang Muslim adalah untuk memastikan perfume yang ingin dibeli mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM...  Ini kerana Perfume yang tidak mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM mungkin dapat merosakkan amal ibadah harian kita. Sia-sia sahaja kita beribadah siang dan malam tetapi tidak diterima oleh Allah hanya disebabkan perfume yang kita pakai.
Selain memastikan pengiktirafan HALAL dari JAKIM, kita juga hendaklah maklum bahawa setiap perfume mempunyai akronim EDC, EDT, EDP yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botol perfume. 
Pada ruangan kali ini, kami ingin berkongsi maksud akronim-akronim tersebut :

  1. Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen perfume. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.
  2. Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen perfume. Semburannya cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.
  3. Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen perfume. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.

PETUA AGAR CEPAT MENDAPAT JODOH


Image result for jodoh

1 # Memperbetulkan kembali niat kita

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita.
Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.
Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.
 Image result for jodoh

2 # Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan?
Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.
Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh.
Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda.
Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.
Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.
Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi.
Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.
 Image result for jodoh

3 # Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?
Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi.
Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.
Buangkan rasa malu yang tidak bertempat.
Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.
Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
 “…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]

4 # Memperluaskan Jaringan Pergaulan

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat.
Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.
Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.
Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Mungkin salah satu diantaranya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari.
Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan teman kita. Itulah gunanya networking yang luas.
Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.
 Image result for jodoh

5 # Memperbaiki Diri Sendiri Dahulu

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik.
Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah  diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?
Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.
Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita.
Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.

6 # Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya?
Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim.
Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita?
Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
 Image result for jodoh

7 # Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat.
Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain.
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas.
Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal.
Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT.
Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha.
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.

8 # Lapangkan Hati dan fikiran seluas-luasnya.

bila lagi giliran awak?”
“awak dah berpunya ke?”
“bila lagi nak makan nasi minyak”.
Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya.
Pasti. Peluh besar.
Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing.
Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.
Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan.
Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.
Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif.
Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.
Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.
Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:
  • “Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”
  • “Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”
  • “Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”
Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik.
Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.
Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita.
Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.

9 # Mengamalkan Doa agar dipercepatkan Jodoh

Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh..
Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin.
Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.
Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
 Image result for jodoh
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita
Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

Bersabarlah. Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui.
Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.
Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)