Total Pageviews

Thursday, 19 January 2017

KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI

8 KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGAMBIL 

SARAPAN PAGI


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. 
Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia 
yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah 
manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat 
bersarapan pagi antaranya, di bawah saya kongsikan 8 kebaikan dan
 kepentingan mengambil sarapan pagi.











  • Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah.
  •  Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
  • Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang
  •  boleh merangsang fungsi otak, Sarapan pagi tidak diikuti dengan 
  • minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
  • Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak 
  • pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.
  • Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah
  •  dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila
  •  bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat,
  •  cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
  • Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang
  •  pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. 
  • Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan 
  • sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
  • Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah
  •  sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus 
  • mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang 
  • bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, 
  • bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.



Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, 
mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara
 waktu sarapan dan makan tengah hari.
























Malangnya, ramai yang 
meninggalkan sarapan dengan 
alasan tiada selera makan 
pada waktu pagi atau tidak
 sempat kerana bangun 
lambat. Jika anda tergolong 
dalam kumpulan ini, ada 
baiknya anda terus 
membaca untuk mengetahui 
rahsia di sebalik hidangan
 ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar 
sarapan sebagai makanan 
untuk otak. Kajian menunjukkan 
sarapan ada kaitan rapat
 dengan kecergasan 
mental. Secara ringkasnya, 
sarapan dikatakan memberikan
 kesan positif terhadap aktiviti 
otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk 
melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya
 mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.



Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro
nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan 
dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan
 yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian
 terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan
jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan
 pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas
remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih
 langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka
dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya
 mengamalkan sarapan.

Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)

No comments:

Post a Comment